PROMOSI 3 HELAI RM100!
RM0 0

Cart

No products in the cart.

Refund and Returns Policy
Polisi Pemulangan & Pertukaran

(Return & Exchange Policy)

Di Kurta Gorilla, kami ingin anda merasa segak dan selesa dengan pembelian anda. Jika anda tidak berpuas hati dengan saiz atau kualiti produk yang diterima, kami sedia membantu tertakluk kepada terma dan syarat berikut:





1. Tempoh Masa Pemulangan

Segala urusan pemulangan atau pertukaran mestilah dibuat dalam tempoh 7 hari bekerja selepas bungkusan diterima oleh pelanggan.





2. Syarat Produk

Untuk melayakkan pemulangan atau pertukaran, produk mestilah memenuhi syarat berikut:

  • Keadaan asal – Belum dipakai (kecuali untuk mencuba saiz), belum dibasuh, dan tidak berbau wangi atau peluh
  • Tag & label – Tag harga dan label Kurta mestilah masih terlekat dan tidak rosak
  • Aksesori lengkap – Pastikan butang kayu eksklusif dan poket sisi berada dalam keadaan baik



3. Jenis Pemulangan & Pertukaran

  • Pertukaran Saiz
    Sekiranya kurta tidak muat, pelanggan boleh membuat pertukaran ke saiz lain tertakluk kepada baki stok. Kos penghantaran pergi dan balik ditanggung oleh pembeli.

  • Produk Rosak / Salah Hantar
    Sekiranya pihak HQ tersalah menghantar saiz atau warna, atau produk mempunyai kecacatan (defect) pada jahitan atau kain, pihak HQ akan menanggung sepenuhnya kos penghantaran semula.

  • Bayaran Balik (Refund)
    Bayaran balik hanya akan diproses sekiranya stok gantian bagi produk yang rosak telah habis.



4. Cara Membuat Pemulangan

Sila ikuti langkah berikut:

  • Hubungi pihak HQ melalui WhatsApp: 011-1339 4103
  • Sertakan nombor pesanan (Order ID) dan gambar produk sekiranya terdapat kerosakan
  • Poskan semula produk ke alamat HQ di Setia Alam, Selangor


Penghantaran produk gantian akan diproses dalam tempoh 2–3 hari bekerja selepas barang pemulangan diterima dan disemak oleh pihak HQ.




5. Pengecualian

Produk yang dibeli semasa Jualan Gudang (Clearance Sale) atau promosi bertanda “Non-Returnable” tidak boleh ditukar atau dipulangkan, kecuali jika terdapat kecacatan kilang yang ketara.
Copyright © Gorilla